Wednesday, November 14, 2012

Sejarah Paya Jaras, Sg.Buloh (1)


Sebagai Permulaan... saya nk citekan skit ttng tmpt dimana saya menetap dulu... sebuah bandar yang menuju pembangunan.. iaitu Sg. Buloh... Sg. buloh mempunyai sebuah perkampungan bernama Paya Jaras... so, ni skit pasal Paya Jaras yg saya tau.. mase nk buat Folio Sejarah F2 lps..

Paya Jaras dibuka pada tahun 1960. Nama 'Paya' diberi kerana pada waktu itu, kawasan kampung itu dipenuhi paya manakala nama 'Jaras' adalah sempena nama sebatang pokok yang cukup besar tertanam di kampung itu. Ketua kampung pertama memotong pokok itu kepada empat bahagian, mewakili empat kampung yang yang diberi nama Paya Jaras Tengah, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Hulu dan Paya Jaras Hilir. Gelaran Ketua Kampung ialah 'Tok'; contohnya Ketua Kampong Paya Jaras Hilir digelar Tok Empat (4).




Ketua Kampung pertama yang membuka kampung Paya Jaras ialah Baie bin Duawan, berketurun Melayu Minang berasal dari Padang, Indonesia yang telah datang ke Malaysia sekitar awal 20-an. Semperna mengingati pengorbanan dan jasa beliau, sebatang jalan mengabadikan namanya, iaitu Jalan Haji Baie yang terletak di Kampung Paya Jaras Hulu.

No comments:

Post a Comment