Wednesday, March 27, 2013

Misteri 'Kapal Flying Dutchman"

The Flying Dutchman adalah kapal hantu legenda yang tidak boleh berlabuh di mana-mana pelabuhan, mereka disumpah untuk belayar di  lautan selama-lamanya. Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17 nautika. Versi wujud tertua bertarikh lewat abad ke-18 .

Penampakan
pada abad ke-19 dan ke-20 melaporkan kapal kelibat kapal ini di perairan . Jika dialu-alukan oleh kapal lain, anak kapal Flying Dutchman akan cuba untuk menghantar mesej ke darat, atau kepada orang-orang yang telah lama mati. Dalam tradisi lautan, Pemandangan kapal hantu ini adalah petanda bencana.
Mengikut fakta ,The Flying Dutchman adalah kapal milik seorang kapten bernama Kapten Falkenburg.Dia telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan.Konon ceritanya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selamanya.

Mengikut catatan seorang nakhoda kapal,The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika .Beberapa rekod lain telah mencatatkan kehadiran kapal puaka itu yang amat digeruni.

Dibawah ini merupakan antara cebisan kisah yang telah direkodkan mengenai penampakan Kapal Hantu Flying Dutchman ini :

pada tahun 1823 :
Kapten Oweb,HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan kapal puaka The Flying Dutchman

1835
:
Sebuah kapal dagang British yang dilanda ribut telah terlanggar kapal The Flying Dutchman,yang telah muncul secara tiba-tiba.Beberapa orang kelasinya dirasuk.Kapal misteri itu kemudiannya hilang tiba-tiba bersama anak kapal yang dirasuk.

1881
:
Tiga orang anak kapal HMS Bachante termasuk King George V telah melihat sebuah kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya, salah seorang daripada anak kapal mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879
:
Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu , namun mereka berjaya menukar haluan bagi mengelak daripada bertembung dengan kapal puaka itu.

1911
:
Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu berpuaka itu di perairan.

1939
:
Beberapa orang pengunjung sebuah pantai terkejut melihat sebuah kapal usang yang muncul dari kabus tebal dan hilang dengan secara tiba-tiba.

1941
:
Seorang pengunjung di pantai Glencairn mendakwa melihat sebuah kapal usang merempuh sebuah batu karang tidak jauh dari pantai itu dan hilang dalam sekelip mata.

1942
:
Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal usang memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959
:
Sebuah kapal Street Magelhaen hampir melanggar kapal berhantu itu ketika memasuki kabus tebal

Inilah antara secebis kisah penampakan dan kejadian aneh yang berlaku yang direkodkan. dan sehingga kini terdapat lagi beberapa kejadian aneh mengenai penampakan kapal Flying Dutcman .


No comments:

Post a Comment